KENYATAAN MEDIA
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
BERHUBUNG KEJADIAN PENGEBOMAN DI BRUSSELS
Saya dan seluruh rakyat Malaysia berasa amat sedih dan terkejut di atas kejadian yang menimpa di Brussels hari ini. Walaupun dalang insiden ini masih belum dikenalpasti, apa yang berlaku mengingatkan kita terhadap kejadian serupa yang menimpa Paris, Jakarta, Turki dan beberapa tempat lain, yang kita percayai adalah angkara pengganas.
Kita sentiasa bersama-sama dengan masyarakat di Belgium dan menyokong sebarang tindakan yang bakal diambil bagi mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, sekaligus menghadapkan mereka ke muka pengadilan.
Kejadian ini juga menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia dan juga rakan-rakan kita di seluruh dunia bahawa keganasan tidak akan berakhir selagi kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membanterasnya. Saya amat bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terbabit dalam serangan berkenaan.
--------------
22 MAC 2016
22 MAC 2016
No comments:
Post a Comment