Thursday, 31 March 2016

Majlis Perasmian Pusat Khidmat Komuniti RELA Malaysia (PKKR) Kanchong Darat

Malaysia yakin dapat pengecualian visa tahun ini

Zahid
 
WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Malaysia yakin dapat menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (US VWP) penghujung tahun ini jika usaha mengurangkan peratus penolakan permohonan visa Amerika tercapai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa ini, kadar penolakan permohonan visa Amerika di kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 3.34 peratus, kebanyakannya disebabkan masalah teknikal iaitu kesalahan mengisi borang permohonan.

"Jumlah permohonan yang ditolak adalah tinggi daripada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Amerika Syarikat iaitu perlu di bawah tiga peratus," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Selasa.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi Selasa untuk lawatan kerja seminggu, antaranya untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.

Sehubungan itu, timbalan perdana menteri berkata rakyat Malaysia yang memohon untuk mendapatkan visa bagi memasuki Amerika perlu memastikan permohonan yang dibuat tidak mempunyai kesilapan kerana ia akan melewatkan penerimaan Malaysia ke program US VWP.

Ahmad Zahid berkata beberapa kempen kesedaran telah dilakukan oleh Kedutaan Amerika Syarikat yang turut dibantu oleh Persatuan Persahabatan Malaysia- Amerika Syarikat dan majlis perniagaan dalam memberi panduan kepada rakyat Malaysia dalam membuat permohonan visa Amerika dalam talian.

Beliau berkata dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri, terutama Jabatan Imigresen, telahpun memenuhi syarat untuk menyalurkan laporan kepada Interpol secara masa nyata dan dalam tempoh 24 jam mengenai kehilangan serta kecurian pasport rakyat Malaysia.

Katanya masalah yang masih dihadapi kini adalah kadar lebih tiga peratus permohonan visa rakyat Malaysia yang ditolak

Ahmad Zahid berkata perkara itu adalah antara tiga isu utama yang akan dibincangkan dengan beberapa pegawai kanan Amerika termasuk Susan Elizabeth Rice, Penasihat Keselamatan Negara di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama, pada Rabu ini.

Timbalan perdana menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) John Brennan; Timbalan Setiausaha Negara Anthony J Blinken; Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negara Alejandro Mayorkas dan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Asia Timur dan Pasifik Daniel Russel.
Ahmad Zahid berkata beliau juga akan membincangkan usaha Malaysia untuk meningkatkan kedudukan daripada Tahap Dua kepada Tahap Satu dalam isu pemerdagangan manusia.

"Ini mungkin mengambil masa yang agak panjang kerana ada beberapa syarat yang akan ditentukan oleh mereka (kerajaan Amerika).

"Namun tidak mustahil untuk kita capai hasrat itu kerana usaha KDN, PDRM dan Kementerian Luar serta beberapa agensi penguatkuasaan ke arah penentuan kepada syarat-syarat itu sedang berjalan," katanya.
Ahmad Zahid berkata beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi bagi menyelaras kementerian dan agensi yang terlibat.

"Ini kita lakukan bukan mahu tunduk kepada Amerika Syarikat tetapi syarat-syarat itu adalah piawaian antarabangsa yang harus diikuti bagi meletakkan Malaysia ke taraf negara maju," katanya.

Beliau berkata usaha ini mampu dicapai setelah berjaya meletakkan kedudukan negara di Tahap Dua setelah diturunkan ke Tahap Tiga dalam masa tidak sampai setahun daripada tempoh yang ditetapkan.
Katanya usaha meletakkan kembali kedudukan negara ke Tahap Dua turut dibantu pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

Antaranya menerusi pembabitan NGO dalam melakukan pemulihan, memberi perlindungan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada mangsa pemerdagangan manusia di samping langkah kerajaan meminda Akta Pemerdagangan Manusia yang diluluskan Parlimen pada Julai lalu, kata Ahmad Zahid.

Timbalan perdana menteri berkata beliau juga akan membangkitkan tentang jenayah rentas sempadan, pengedaran senjata dan dadah serta pencegahan pengubahan wang haram.

Beliau akan turut membincangkan isu berkaitan Daesh dengan berkongsi pengalaman Malaysia dalam radikalisasi dan perkembangan di Laut China Selatan berikutan penambakan di beberapa terumbu di kawasan negara jiran oleh pihak tertentu.

Ahmad Zahid sebelum itu menghadiri majlis makan malam anjuran Kedutaan Malaysia di Amerika bagi meraikan lawatan kerjanya di Washington. - Bernama

Wednesday, 30 March 2016

Sesi Perbincangan YAB TPM Zahid Hamidi dengan Mr Alejandro Mayorkas, Timbalan Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri


Sesi Perbincangan YAB TPM Zahid Hamidi dengan Mr Alejandro Mayorkas, Timbalan Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam NegeriZahid HamidiNur Jazlan Mohamed Masir Kujat#kdn2016
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Wednesday, March 30, 2016

Tuesday, 29 March 2016

Kenyataan Media YBhg Dato' Alwi bin Hj Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengenaiHukuman Parol Dr Mohd Khir Toyo


Kenyataan MediaYBhg Dato' Alwi bin Hj IbrahimKetua Setiausaha Kementerian Dalam NegerimengenaiHukuman Parol Dr Mohd...
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Tuesday, March 29, 2016

Thursday, 24 March 2016

Klip Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Hari Polis ke 209



Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Hari Polis ke 209 #polis209 Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Thursday, 24 March 2016

UCAPAN HARI POLIS YAB PM


Rata-rata ramai daripada kita dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa adalah kerana di belakang tabir, anggota...
Posted by Najib Razak on Thursday, 24 March 2016

Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Dato'Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Hari Polis ke 209



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Polis Ke 209 kepada seluruh warga PDRM sempena hari sambutan yang bersejarah ini.
Sebagai agensi keselamatan tertua di Malaysia, seluruh masyarakat menghargai pengorbanan dan keringat dan anggota polis dalam menjaga keselamatan awam.
Kita semua sedar bahawa ancaman keselamatan semakin mencabar, PDRM telah memaksimumkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi apa jua kemungkinan.
Tanggungjawab menjaga keselamatan ini adalah satu amanah yang terpikul di bahu kita semua sebagai anggota polis demi masyarakat.
Masyarakat juga harus bersama-sama PDRM dalam menjaga keselamatan dan keamanan ini sampai bila-bila.
Selamat Hari Polis Ke 209.

Tangkapan 15 suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Islamic State (IS)

Tangkapan 15 suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Islamic State (IS)



Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia Dakwaan Pertubuhan Pembangunan Dan Kajian Insan Malaysia (Pengkaji) Boleh Mendaftar PATI Untuk Program Rehiring.


Wednesday, 23 March 2016

Syarat ketat Program Rehiring Pastikan Tiada Penipuan - KP Jabatan Imigresen Malaysia


KENYATAAN MEDIA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI BERHUBUNG KEJADIAN PENGEBOMAN DI BRUSSELS


KENYATAAN MEDIA

YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
BERHUBUNG KEJADIAN PENGEBOMAN DI BRUSSELS
                                                                                               


Saya dan seluruh rakyat Malaysia berasa amat sedih dan terkejut di atas kejadian yang menimpa di Brussels hari ini. Walaupun dalang insiden ini masih belum dikenalpasti, apa yang berlaku mengingatkan kita terhadap kejadian serupa yang menimpa Paris, Jakarta, Turki dan beberapa tempat lain, yang kita percayai adalah angkara pengganas.

Kita sentiasa bersama-sama dengan masyarakat di Belgium dan menyokong sebarang tindakan yang bakal diambil bagi mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, sekaligus menghadapkan mereka ke muka pengadilan.
Kejadian ini juga menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia dan juga rakan-rakan kita di seluruh dunia bahawa keganasan tidak akan berakhir selagi kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membanterasnya. Saya amat bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terbabit dalam serangan berkenaan.
--------------
22 MAC 2016

Kenyataan Media Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengenai Kekeliruan Angka Kutipan Levi Pekerja Asing



Monday, 21 March 2016

Lebih 17,000 perkahwinan lelaki tempatan dengan wanita China tidak didaftar dari 2011-2015


Lebih 17,000 perkahwinan lelaki tempatan dengan wanita China tidak didaftar dari 2011-2015 - Zahid Hamidi Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Monday, 21 March 2016

The Deputy Prime Minister warns to not view lightly the actions of Sulu terrorists which are a threat to the nation's security


The Deputy Prime Minister warns to not view lightly the actions of Sulu terrorists which are a threat to the nation's security.
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Monday, 21 March 2016

Anwar diberi peluang berjumpa pelbagai pihak sejak dipenjara - Zahid Hamidi


Anwar diberi peluang berjumpa pelbagai pihak sejak dipenjara - Zahid Hamidi

Jabatan Penjara Malaysia (PRIDE-Official FB Page)
Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Monday, 21 March 2016

SEKITAR PROGRAM NAZIRAN DAN SESI DIALOG BERSAMA ORANG DI PAROL(ODP), KELUARGA, MAJIKAN, KETUA PENDUDUK DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAERAH BESUT


Sunday, 20 March 2016

Kenyataan Media KSU KDN mengenai Penstrukturan dan Penyelarasan Sistem Levi Baharu Pekerja Asing

1. YAB Perdana Menteri telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula sistem levi pekerja asing pada 28 Januari 2016 dan YAB Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat pengumuman susulan berkaitan keputusan Kerajaan untuk menetapkan kadar levi baru serta tarikh pelaksanaannya yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2016 yang lepas. 

 2. Pengumuman ini tidak disambut baik oleh kebanyakan pihak yang mewakili industri terutamanya industri yang berintensifkan buruh. Namun begitu sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin terhadap keluhan yang disuarakan oleh pihak industri, pelaksanaan kadar levi baru tersebut telah ditangguhkan buat sementara waktu. 

 3. Kerajaan dalam tempoh ini telah berunding dengan wakil-wakil industri bagi mendapatkan input untuk membantu Kerajaan memutuskan kaedah pelaksanaan dan kadar levi yang bersesuaian. 

 4. Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sesi perjumpaan dengan 28 persatuan-persatuan utama yang mewakili majikan daripada pelbagai sektor pada 16 Februari 2016. Maklumbalas yang diterima iaitu kenaikan kadar levi adalah terlalu mendadak dan berkemungkinan merencatkan momentum perniagaan di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Oleh yang demikian, Kerajaan telah mengkaji semula kadar kenaikan levi yang akan dikenakan. 

 5. Setelah mengambilkira pelbagai faktor, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2016 telah bersetuju untuk mengekalkan pengklusteran levi kepada 2 kategori iaitu; i. Kategori Pertama (1) yang merangkumi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. ii. Kategori Kedua (2) iaitu dari sektor perladangan dan pertanian.Kadar levi yang akan dikenakan ialah RM 1,850 bagi kategori 1 dan RM 640 bagi Kategori 2. Kadar baru ini akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2016 dan meliputi Semenanjung Malaysia sahaja. 

6. Kadar levi ini melibatkan peningkatan bayaran levi sebanyak RM600 bagi sektor perkilangan dan pembinaan serta masing-masing RM230 dan RM50 bagi sektor pertanian dan perladangan. Kenaikan kadar levi yang berbeza mengikut sektor juga bersesuaian dengan kadar pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan melalui pekerjaan di dalam sektor-sektor ini. 

7. Kadar ini juga diyakini masih kompetitif dan merupakan balasan yang setimpal kerana pekerja asing yang turut menikmati kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. 

8. Kerajaan berpendapat bahawa ini merupakan kadar yang optimum pada masa ini bagi memastikan perkembangan ekonomi tidak terganggu dan objektif Kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada industri intensif buruh dapat dicapai. Industri juga disarankan untuk mengambil langkah lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi. 

9. Penangguhan pengambilan pekerja asing baharu juga akan dikekalkan bagi jangka masa yang akan ditentukan kelak. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada Program Rehiring yang telah dilaksanakan mulai 15 Februari 2016 hingga 30 Jun 2016. 

10. Sehubungan dengan itu, Kerajaan menyeru agar majikan yang masih menggajikan PATI secara tidak sah untuk tidak menunggu di saat-saat akhir untuk mendaftar di bawah program ini. Majikan yang gagal mendaftar di bawah program ini akan berdepan dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas. 

11. Walau bagaimanapun Kerajaan ingin menegaskan bahawa keutamaan pekerjaan perlu ditawarkan kepada warga tempatan dan pengambilan pekerja asing adalah langkah terakhir bagi memenuhi keperluan guna tenaga. Kerajaan juga berharap bahawa kesemua pihak akan bersama-sama Kerajaan di dalam usaha untuk memenuhi aspirasi ke arah industri berteknologi tinggi.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI 
Putrajaya 18 Mac 2016

Wednesday, 16 March 2016

Operasi Penguatkuasaan PATI JIM di IOI City Mall Putrajaya

Operasi Penguatkuasaan JIM di IOI City Mall Putrajaya yang disertai oleh YB Tuan Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SUBANG JAYA

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SUBANG JAYA
MERUJUK KEPADA INSIDEN ANGGOTA POLIS WANITA TRAFIK YANG MEMARAHI PENGADU DI KAUNTER PEJABAT PERTANYAAN TRAFIK IBU PEJABAT POLIS DAERAH SUBANG JAYA.

Sumber: Polis Selangor


Tahniah PDRM! Cops seize 1,200kg of ganja, biggest-ever single haul

Police standing guard over the record 1,200kg ganja haul. - Bernama

KUALA LUMPUR: Police have scored a major success with the seizure of more than a tonne of ganja worth RM4.2mil, making it the biggest single haul of the drug in Malaysian history.
Federal Narcotics Criminal Investigation Department director Comm Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff said the drugs were seized in two separate raids between 3pm Saturday and 1.30pm Sunday.
In the first bust, police arrested a 38-year-old man near a parking lot after police found 160 of compressed blocks, believed to be ganja, in his car.
"That led police to a house where we seized another 200 blocks," he said at a press conference on Tuesday.
"A total of 848 compressed blocks weighing about 843kg were seized there. Investigations revealed that the house was used for storage.The second bust was made in another house in Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, at about 1.40am.
"In total, we seized 1,200kg of ganja and that is the biggest ganja haul in our history," he said.

Sunday, 13 March 2016

Tutup, tiada lagi 1.5 juta pekerja Bangladesh!

Zahid Hamidi
Zahid Hamidi. - Foto Bernama
HUTAN MELINTANG – “Tidak! Tutup! Habis! Tiada lagi 1.5 juta pekerja Bangladesh akan masuk ke negara ini."

Itu jawapan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Wisma Umno Bagan Datoh, hari ini.

Ahmad Zahid turut mengumumkan tiada lagi sebarang pengambilan pekerja asing baharu di negara ini berkuat kuasa serta merta selepas diputuskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet kelmarin, di Putrajaya.

“Mesyuarat berkenaan turut memutuskan mana-mana majikan dan ejen yang membawa masuk pekerja tanpa izin ke negara ini akan berhadapan dengan hukuman sebat bukan lagi denda.

“Ini selari dengan tindakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain yang akan memperkuatkan penguatkuasaan mereka kepada majikan dan ejen yang melakukan kesalahan.

Tambahnya, kesalahan berkenaan termasuklah menggaji pekerja asing yang tidak berdokumen atau telah tamat tempoh serta melakukan kesalahan dari segi perundangan imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Atip-Som).

Menurut Ahmad Zahid, hukuman sebat dilihat sebagai cara paling berkesan dalam memberi amaran keras kepada majikan dan ejen yang membawa masuk pekerja asing tanpa izin berbanding denda.

“Pihak kerajaan dituduh kononnya membawa masuk pekerja asing tanpa izin ini sedangkan ia dilakukan oleh pihak majikan dan ejen-ejen yang mengaut begitu banyak keuntungan.

“Ini merupakan amaran terakhir dan jangan menuduh kerajaan kononnya membawa lebih dua juta pekerja asing tanpa izin di negara ini sedangkan kita telah membuka ruang secukupnya untuk program penggajian semula,” katanya.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa pihak kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negara (KDN), Kementerian Sumber Manusia dan lain-lain kementerian tidak akan meluluskan mana-mana permohonan majikan untuk membawa pekerja asing dari luar kecuali sektor pembantu rumah.

“Mana-mana majikan yang mahu pekerja baharu atau tidak cukup pekerja boleh terus berhubung dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

“Boleh terus berhubung dengan mereka supaya mudah-mudahan mereka dapat menguruskan pekerja tempatan bagi syarikat berkenaan tanpa mengambil pekerja asing yang ada dalam negara atau yang baru dibawa masuk,” katanya

Sinar Harian 

Thursday, 10 March 2016

Tahniah KDN!

Majlis APC KDN 2015


Tahniah kepada semua penerima!

Majikan Diheret Ke Mahkamah Jika Tidak Daftar PATI - Nur Jazlan



Datuk Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Mac(Bernama) -- Majikan yang didapati tidak mendaftarkan pekerja asing tanpa izin (PATI) dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI akan didakwa di mahkmah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan mahkamah akan dikenakan terhadap majikan jika mereka ditahan pihak penguatkuasa.

"Dalam program ini, jika majikan tidak mendaftar pekerjanya, dan Jabatan Imigresen membuat penguatkuasaan dan tangkap mereka (majikan), kita terus akan mendakwa mereka di mahkamah.

"Tiada lagi kompaun dikenakan, malah majikan yang tidak bertanggungjawab itu akan diheret terus ke muka pengadilan dan akan dikenakan hukuman penjara jika ada keperluan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau juga menasihatkan para majikan supaya tidak menunggu di saat-saat akhir untuk mendaftar pekerja mereka.

"Daftar secepat mungkin, yang penting mereka (majikan) akan terlepas daripada apa-apa tanggungjawab sekiranya pihak berkuasa membuat penguatkuasaan," katanya dan menambah setakat ini, lebih 2,000 majikan dan 12,000 PATI telah mendaftar dalam program berkenaan.

Program yang dilaksanakan secara dalam talian itu bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini mendapatkan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Imigresen supaya melancarkan operasi menyerbu pusat membeli-belah yang dibanjiri PATI khasnya premis peruncitan dan restoran di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Menyentuh mengenai para majikan yang bertindak menganiaya pekerjanya, Nur Jazlan berkata mereka (majikan) akan dikenakan tindakan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Misalnya, kalau majikan membuat perjanjian untuk membayar gaji dan tidak memenuhi syarat yang menyebabkan pekerja asing melarikan diri, mereka (majikan) boleh didakwa mengikut ATIPSOM 2007. Terdapat klausa tertentu yang membolehkan majikan didakwa," katanya.

Bernama

Wednesday, 9 March 2016

OPS IKRAR (SERKAP) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA MENUMPASKAN SATU RANGKAIAN SINDIKET PEMALSUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) YANG DIDALANGI WARGA ASING.




CUBAAN CULIK PEMIMPIN NEGARA: POLIS BERI JAMINAN KESELAMATAN NEGARA TERKAWAL

Kuala Lumpur, 8 Mac - Polis mengesahkan ada cubaan menculik beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri oleh kumpulan militan Daesh tahun lalu seperti yang didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya memberi jaminan keadaan keselamatan di negara ini adalah selamat dan terkawal.

"Menjadi tugas kami untuk mencegah sebarang jenayah yang berlaku di negara ini," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Kolej Unikop dan Open University Malaysia (OUM), di sini, hari ini.

Mengulas mengenai negara tertentu yang mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap rakyatnya di negara ini, Khalid berkata polis memberi jaminan bahawa keselamatan pelawat atau pelancong ke negara ini adalah selamat.

"Amaran keselamatan itu hak mereka untuk halang rakyat daripada pergi ke tempat yang mereka fikir tidak selamat. Saya beri jaminan bahawa keselamatan kita terjamin dan terkawal. Kami alu-alukan mana-mana pelawat untuk ke sini," katanya.


- BERNAMA

Sunday, 6 March 2016

Op Hari-Hari Operasi: Pengawal Keselamatan Warga Asing Tak Terkecuali



PETALING JAYA: Op Hari-Hari Operasi yang dilaksanakan bagi menangani masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara kini turut memberi tumpuan terhadap operasi syarikat kawalan keselamatan yang menggaji warga asing secara haram di kawasan perumahan.

Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil 2. Tahun 2006 yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada syarikat kawalan keselamatan menetapkan hanya warga Nepal di kalangan bekas tentera dibenarkan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.

Mengikut rekod KDN, lebih 24,000 pengawal keselamatan warga Nepal berdaftar di negara ini.

Bagaimanapun, operasi yang dikendalikan Jabatan Imigresen bersama agensi penguatkuasaan lain mengesan penggunaan pengawal keselamatan asing tidak sah, termasuk warga Nepal sendiri.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi mendedahkan selain dari Nepal, antara warganegara lain yang ditahan semasa operasi itu adalah rakyat Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar.

Saturday, 5 March 2016

Tragedi Lahad Datu: Mereka yang gugur wira negara

Lahad Datu

SHAH ALAM - Kerajaan dan rakyat tetap menghargai serta mengingati jasa-jasa wira negara yang mempertahankan bumi Lahad Datu dari diceroboh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara mempertahankan kedaulatan negara ini perlu di hargai.

“Tiga tahun lalu, lapan anggota keselamatan gugur sewaktu berhadapan penceroboh di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul, Semporna.

“Mereka sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan negara. Mereka adalah wira negara,” katanya.
Katanya, negara hanya akan wujud sekiranya keselamatan terjamin.

“Mungkin ramai tidak tahu keadaan semasa pasukan keselamatan kita di kawasan Zon Keselamatan pantai Timur Sabah (Esszone).

“Mereka berada di tempat terpencil dan terdedah kepada bahaya menjaga sempadan laut dan darat dengan kemudahan yang sangat terhad,” katanya.
Menurutnya, beliau mengadakan lawatan kerja ke Kota Kinabalu dan Esszone, 26 hingga 29 Februari lalu.

“Sepanjang lawatan tersebut, saya ke Balai polis Pulau Gaya, Pusat Tahanan Sementara Pati Menggatal, Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pusat Tahanan Sementara Pati Sibuga, Pusat ICQ Sandakan, Jabatan Imigresen, Batalion 15, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pos Kawalan Tanjung Labian dan Pos Kawalan Kampung Tanduo.

“Lawatan kerja rasmi ini bertujuan mengenal pasti perkara yang perlu ditambah baik untuk memantapkan lagi operasi lapangan di kawasan keselamatan tersebut selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac 2013,” katanya.

Beliau berkata, kawasan keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) diwujudkan bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim dan darat di bahagian pantai Timur Sabah.

“Ia susulan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada 2013,” katanya.

Ancaman Terhadap Keselamatan Sabah Sudah Merebak Ke Pantai Barat - Ahmad Zahid


KOTA KINABALU, 5 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa ancaman terhadap keselamatan yang sebelum ini terhad di kawasan pantai timur Sabah kini sudah merebak ke kawasan pantai barat negeri ini.

"Dahulu, ancaman hanya di pantai timur Sabah, tetapi kawalan keselamatan cukup ketat setakat ini di pantai timur. Cabaran keselamatan di Sabah ini bukan hanya di pantai timur Sabah ia telah merebak ke pantai barat.

"Maklumat risikan mendapati bahawa telah ada panglima-panglima dari sebuah kesultanan yang telah dilantik bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah. Ini bukan soal main-main. Soal keselamatan bukan main-main. Ini soal ancaman sebenar dalam negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2016 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan Musa turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC), UMS.

Berdasarkan perkembangan berkenaan kata Ahmad Zahid, operasi keselamatan di darat, di laut dan udara juga tidak lagi terhad di kawasan pantai timur Sabah semata-mata tetapi turut diperhebatkan di kawasan pantai barat negeri berkenaan.

Justeru, Ahmad Zahid mahu supaya pertahanan menyeluruh atau 'handruh' yang melibatkan kerjasama seluruh lapisan rakyat dan anggota pasukan keselamatan perlu diberi roh, suntikan baharu dan kesinambungan bagi memastikan tidak seincipun bumi negara ini khususnya di Sabah diceroboh mana-mana pihak.

"Biarpun keberadaan polis dan tentera itu penting, undang-undang punitif dan preventif itu penting, tetapi ketahanan jiwa rakyat itu lebih penting daripada perundangan yang ada dan daripada keberadaan pasukan keselamatan kerana pertahanan yang sebenarnya adalah pertahan menyeluruh atau handruh.

"Kefahaman (berkaitan pertahanan menyeluruh) ini boleh membantu pertahanan fizikal, malah kita boleh membantu pasukan keselamatan sedia ada," katanya.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua lapisan rakyat tidak kira dari negeri mana atau asal mereka atas perinsip di 'mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

Ahmad Zahid juga mengulangi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan memperthankan kedaulatan Sabah dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak menceroboh negara ini.

Katanya Sabah ialah negeri berdaulat dalam Malaysia dan tidak timbul soal tuntutan mana-mana pihak ke atas negeri berkenaan kerana rakyat Sabah, melalui pungutan suara pada tahun 1960-an, sudah membuat keputusan untuk bersama-sama membentuk Malaysia.

Justeru, kata Ahmad Zahid, kewujudan pelbagai akta dan perundangan yang berbentuk punitif dan preventif di negara ini diwujudkan bagi memastikan kedaulatan negara yang dikecapi kini terus terpelihara manakala akta dan perundangan yang sudah menjadi sebahagian daripada perlembangan negara itu wujud adalah hasil suntikan kesedaran rakyat.

-- BERNAMA

Sekat kempen Let's Read The Quran


PUTRAJAYA: Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa agama Islam seluruh negara akan mengambil tindakan tegas menyekat kempen "Let's Read The Quran". 

Kempen berkenaan bagi mempromosi usaha menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab. 

Pengerusi LPPPQ, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata menulis dan membaca naskhah al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab adalah dilarang dan penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran. 

"Perbuatan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Harussani berkata, al-Quran yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa membolehkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami makna al-Quran, namun terjemahan itu bukan naskhah al-Quran tetapi "terjemahan al-Quran" atau "tafsir al-Quran". 

"Namun begitu, terjemahan al-Quran hendaklah bersama-sama dengan teks al-Quran dalam bahasa Arab. Terjemahan al-Quran tanpa teks bahasa Arab adalah dilarang dan bimbang disalah faham, selain membacanya tidak mendapat pahala," katanya. Selasa lalu, 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata KDN melarang sebarang pencetakan dan penjualan naskhah terjemahan al-Quran tanpa teks bahasa Arab. 
Perkara itu diputuskan mesyuarat LPPPQ dan selaras keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ke-24 pada Jun 1989 yang memutuskan `adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran'.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/130413